Bab 1 - Pengenalan Kepada Penyiasatan Saintifik
Apakah maksud sains? Sains ialah suatu disiplin ilmu melibatkan pemerhatian dan kajian eksperimen sistematik kepada fenomena alam semula jadi. Apakah itu fenomena alam semula jadi? Fenomena alam semula jadi adalah aktiviti harian semula jadi, Apakah contoh-contoh alam semulajadi? Contoh fenomena alam semula jadi ialah: -Pertumbuhan benda hidup -Bencana alam -Kejadian alam semula jadi -Kesa daya tarikan graviti Apa itu teknologi? Teknologi adalah aplikasi sains yang digunakan untuk mempercepatkan dan memudahkan aktiviti harian dengan selamat, selesa dan sempurna. Apakah maksud kejuruteraan? Kejuruteraan ialah penyelidikan dan penambahbaikan produk atau sistem untuk memajukan taraf kehidupan manusia Contoh-contoh Kepentingan Sains dalam kehidupan Seharian: - Perbuatan Penemuan cara rawatan penyakit dan ubat-ubatan baharu menjamin kesihatan kita sambil membantu memanjangkan jangka hayat manusia. - Komunikasi Satelit, komputer dan internet memudahkan dan mempercepatkan ko