Bab 1 - Pengenalan Kepada Penyiasatan Saintifik



 Apakah maksud sains?

 Sains ialah suatu disiplin ilmu melibatkan pemerhatian dan kajian eksperimen  sistematik  kepada   fenomena alam semula jadi.

Apakah itu fenomena alam semula jadi?

Fenomena alam semula jadi adalah aktiviti harian semula jadi,


Apakah contoh-contoh alam semulajadi?


 Contoh fenomena alam semula jadi ialah:

-Pertumbuhan benda hidup

-Bencana alam 

-Kejadian alam semula jadi

-Kesa daya tarikan graviti


Apa itu teknologi?

Teknologi adalah aplikasi  sains yang digunakan untuk mempercepatkan dan memudahkan aktiviti harian dengan selamat, selesa dan sempurna.


Apakah maksud kejuruteraan?

Kejuruteraan ialah penyelidikan dan penambahbaikan produk atau sistem untuk memajukan taraf kehidupan manusia



Contoh-contoh Kepentingan Sains dalam kehidupan Seharian:

- Perbuatan   

Penemuan cara rawatan penyakit dan ubat-ubatan baharu menjamin kesihatan kita sambil  membantu memanjangkan jangka hayat manusia.

- Komunikasi  

Satelit, komputer dan internet memudahkan dan mempercepatkan komunikasi jarak jauh.

- Kerja harian 

Alat penghawa dingin, ketuhar gelombang mikro dan alatan lain membantu memudahkan kerja harian kita.

- Pengangkutan

Kapal terbang dan kereta api pantas menjadikan perjalanan jauh lebih selesa, selamat, mudah dan cepat,

- Alam sekitar 

Pencemaran alam sekitar dikurangkan melalui kitar semula.

- Meteorlogi dan klimatologi 

Meramal iklim dan bencana untuk mengurangkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda akibat bencana alam.

- Pertanian 

Teknologi dalam pertanian meningkatlan. Pelbagai cara cara pemprosesan makanan pula dapat menambahkan sumber makanan.

- Sumber semula jadi

Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber semula jadi untuk menjamin hidupan terus hidup.


Bidang sains, kerja dan subjek yang perlu dipelajari



 Bidang sains: Pendidikan sains

 Kerjaya: Guru sains dan pensyarah

 Subjek yang perlu dipelajarai: Biologi, kimia, fizik






Bidang sains: Perubatan 
Kerjaya: Doktor dan jururawat
Subjek yang perlu dipelajari: Biologi, kimia, fizik 






Bidang sains: Kejuruteraan
Kerjaya: Jurutera
Subjek yang perlu dipelajari: Fizik




Bidang sains: Fizik

Kerjaya: Ahli fizik

Subjek yang perlu dipelajari: Fizik


Bidang sains: Kimia

Kerjaya: Ahli kimia

Subjek yang perlu dipelajari: Kimia



Bidang sains: Biologi

Kerjaya: Ahli biologi

Subjek yang perlu dipelajari: Biologi





Bidang sains: Farmasi
Kerjaya: Ahli farmasi
Subjek yang perlu dipelajari: Biologi, kimia






Bidang sains: Astronomi
Kerjaya: Aahli astronomi
Subjek yang perlu dipelajari: Fizik, astronomi








Bidang sains: Botani
Kerjaya: Ahli botani
Subjek yang perlu dipelajari: Biologi, botani







Bidang sains: Zoologi
Kerjaya: Ahli zoologi
Subjek yang perlu dipelajari: Biologo, zoologi








Bidang sains: Geologi
Kerjaya: Ahli geologi
Subjek yang perlu dipelajari: Fizik, kimia, geologi







Bidang sains: Mikrobiologi
Kerjaya: Ahli biologi
Subjek yang perlu dipelajari: Biologi, mikrobiologi








Bidang sains: Farmakologi
Kerjaya: Ahli farmakologi
Subjek yang perlu dipelajari: Biologi, kimia








Bidang sains: Forensik
Kerjaya: Pakar forensik
Subjek yang perlu depelajari: Biologi, kimia, fizik







Bidang sains: Oseanografi 
Kerjaya: Pakar oseanografi
Subjek yang perlu dipelajari: Biologi, kimia, oseanografi






Makmal sains anda


Contoh-contoh radas dan fungsinya:

Tabung didih: Memanaskan bahan kimia dengan kuantiti yang sedikit
Tabung uji: Mengisi bahan kimia dengan kuantiti yang sidikit
Kelalang kom dan bikar: Mengisi bahan kimia dengan kuantiti yang banyak
Kelalang dasar bulat: mengisi bahan kimia 







Comments